PEMBERITAHUAN
Tuan/Puan,
KEADAAN KESELAMATAN DAN PANDUAN PERJALANAN KE LUBNAN
Lanjutan daripada beberapa insiden kebelakangan ini, adalah perlu bagi rakyat Malaysia di Lubnan untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Terdapat kemungkinan keadaan merosot terutamanya pada minggu ini. Justeru itu rakyat Malaysia di Lubnan dinasihat mengelakkan pergi ke Tripoli, kawasan di utara serta kawasan yang berhampiran dengan sempadan. Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga di Beirut supaya tidak berada di luar kediaman sehingga lewat malam serta menjauhkan diri dari kawasan yang kurang dikenali serta penuh sesak.
Sehubungan itu, Kedutaan Besar Malaysia menasihatkan agar semua rakyat Malaysia yang berhasrat melawat Lubnan untuk menunda segala rancangan perjalanan sehinggalah keadaan keselamatan di Lubnan kembali normal. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Besar di talian dan emel seperti berikut:
Isnin – Jumaat (8.00 am – 3.00 pm waktu pejabat): 00 961 1 787144/166
Sabtu dan Ahad: 00 961 76865234 (En. Nor Azman Taib, Ketua Canseri)
: 00 961 76688151 (En. Mohd Noor Sahid, Setiausaha Kedua)
Emel: malbeirut@kln.gov.my / mwbeirut@cyberia.net.lb
Kedutaan Besar Malaysia
Beirut, Lubnan
Isnin, 21 Mei 2012