TYT Ilango Karuppannan, Duta Besar telah menerima kunjungan hormat dari Laksda Dato’ Abdul Rahman bin Abdul Karim, Timbalan Ketua Staf, Markas Angkatan Bersama, Kementerian Pertahanan Malaysia pada Rabu, 23 Oktober 2013. Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada program Laksda Dato’ Abdul Rahman bin Abdul Karim yang mengetuai delegasi dari Kementerian Pertahanan sempena proses pertukaran Malaysian Battalion (MALBATT 5) kepada Malaysian Battalion (MALBATT 6).
TYT Duta Besar telah mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Staf dan delegasi ke Lubnan. TYT juga menyatakan penglibatan Malaysian dalam Misi Keamanan di Lubnan ini merupakan satu langkah yang baik dan sangat memberikan manafaat kepada Malaysia. TYT Duta Besar juga telah memberikan penerangan mengenai situasi semasa di Lubnan.