NASIHAT KESELAMATAN DAN PANDUAN PERJALANAN KE LUBNAN
Berikutan keadaan politik Lubnan yang tidak menentu, rakyat Malaysia disarankan untuk menanggguhkan sementara waktu perjalanan ke Lubnan, kecuali atas urusan yang amat mustahak.
Rakyat Malaysia yang berada di Lubnan dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengelakkan perjalanan ke bandar Tripoli dan kawasan di utara serta kawasan yang berhampiran dengan sempadan Syria. Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga di Beirut.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Beirut boleh dihubungi melalui :
Isnin – Jumaat (8.00 am – 3.00 pm)
Telefon : 00 961 1 787 144/166
Luar waktu pejabat & hari cuti
Telefon bimbit : 00 961 76 865234 (Nor Azman Taib, Ketua Canseri)
: 00 961 76 688151 (Mohd Noor Sahid, Setiausaha Kedua)
Emel : malbeirut@kln.gov.my / mwbeirut@cyberia.net.lb
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA BEIRUT
LUBNAN
Sabtu, 23 Mac 2013