1. Malawakil Rabat menjuarai Kejohanan Sukan Tahunan Rabat dan Madrid yang pertama di Rabat, 19 - 21 Jun 2008. Malawakil Madrid terdiri dari HBS dan LRS diketuai oleh TYT Datuk Naimun Ashakli Mohammed, sementara Malawakil Rabat diketuai oleh TYT Othman Samin. Ini merupakan kejohanan sukan di antara dua perwakilan di dua benua yang julung kali diadakan. Malawakil Rabat memenangi perlawanan bola tampar dan bowling, sementara Malawakil Madrid memenangi perlawanan tenis meja.
| 2. Seramai 21 orang usahawan bumiputera muda menyertai Pameran `Pengeluaran Makanan dari Malaysia’ di Casablanca mulai 11 Jun 2008 hingga 14 Jun 2008 dibawah tajaan MARA. Di satu majlis makan tengahari di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat, TYT Othman Samin, tiga buah syarikat telah menandatangani MoU dengan rakan niaga mereka dari Maghribi. Tiga buah syarikat Malaysia itu ialah Agrobase Industries, Entrepreneurs Consortium Sdn.Bhd. (KOMITA) dan ITA Produk telah menandatangani dengan syarikat Maghribi ialah Golden Bridge. Ini merupakan satu lembaran baru bagi peniaga bumiputera Malaysia dalam memperluaskan pasaran di Maghribi. |
| 3. Sempena sambutan Hari Keputeraan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 7 Jun 2008 di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat, rakyat Malaysia telah sepakat menubuhkan Persatuan Rakyat Malaysia di Maghribi. Di Mesyuarat Agong penubuhan itu, Haji Baharin Ayob, Presiden Kumpulan Al-Hidayah telah dipilih sebagai Presiden. |