Mission News

Istiadat Konvokesyen Kedua Pelajar Malaysia di Maghribi

16 July 2009 1 views

 

Seramai 20 orang graduan Malaysia dari enam universiti di Maghribi menerima ijazah mereka dari TYT Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia ke Maghribi di Istiadat Konvokesyen Kedua pada 13 Julai 2009 di Dewan INPT (Institute National of Post and Telecom). Turut menyerikan majlis konvokesyen kali ini ialah Encik Solah Rami, Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Kerjasama Antarabangsa Maghribi, Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Maghribi dan Encik Yazit Kechik, Atase Pendidikan (Akademik), Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah, Mesir. Sekumpulan rakyat Malaysia termasuk delegasi Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang sedang melakukan lawatan bekerja ke Rabat di bawah anjuran Kumpulan Al-Hidayah turut hadir. Beberapa orang peneraju Alumni MTCP Rabat juga turut hadir.  Di majlis berkenaan, tiga orang pelajar dipilih menerima tiga anugerah iaitu Anugerah Khas Duta Besar (Saudara Fakharuddin Arrazi Misni), Anugerah Mahasiswa Terbaik (Saudara Muhaimin Mohd Radzi) dan Anugerah Mahasiswi Terbaik (Saudari Nur Hanisah Mansor).

 

 

TYT Datuk Othman Samin memberi ucapan semasa majlis

 

Sesi bergambar bersama graduan Malaysia yang telah menamatkan pengajian mereka di Maghribi

 

Share:
Link copied to clipboard
Back