Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN, 31 OGOS 2016

02 September 2016 1 views

Majlis sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia, Rabat, pada 31 Ogos 2016, dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM). Para hadirin terdiri daripada kakitangan Kedutaan, para pelajar Malaysia dan rakyat Malaysia yang berada di Maghribi.  Majlis sambutan tersebut telah dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia dengan diiringi oleh lagu ‘Negaraku’, disusuli dengan ucapan oleh TYT Dato’ Jamal Hassan, Duta Besar Malaysia ke Maghribi, dan ceramah mengenai kemerdekaan oleh Encik Ayman Al-Akiti, pelajar Malaysia di Maghribi.  Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan ringkas yang dinikmati bersama oleh para hadirin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back