Mission News

Al-Fatihah

14 July 2017 2 views

Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Arief bin Kamarudin yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Julai 2017 dan telah selamat dikebumikan di Jardines de la Paz Lurin, Lima, Peru pada jam 4.00 petang, 10 Julai 2017.

Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru telah membantu dalam memudahkan urusan memperolehi kelulusan dan permit dari pihak berkuasa Peru berkaitan pengurusan jenazah di Lima, Peru.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

 

    

Share:
Link copied to clipboard
Back