Mission News

Anak-anak Muda Peru Belajar Melukis Batik Malaysia

11 October 2018 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru buat julung kalinya mengadakan bengkel memperkenalkan motif batik Malaysia. Seramai 50 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah Colegio Santo Domingo, Jicamarga telah diajar teknik melukis batik bermotifkan bunga melur, orkid dan bunga raya serta motif burung enggang. Bagi teknik canting, Setiausaha Ketiga Puan Lailatul Akmal binti Abd Rahman sebagai pengajar batik telah memperkenalkan cara alternatif dengan menggunakan bahan-bahan lukisan yang mudah didapati di Peru. Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua lapisan pelajar dan sokongan guru besar dan guru-guru kurikulum yang lain.

 

 

Bengkel ini telah dirasmikan oleh TYT Duta Besar Kedutaan Besar Malaysia, Lima, Peru Ambasador Chuah Teong Ban. Guru Besar Sekolah Santo Domingo,  Puan Carmen Rosa De La Cruz Moreno menzahirkan minat untuk terus mengeratkan hubungan kerjasama antara Kedutaan Besar Malaysia dan sekolahnya dalam aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar sekolah tersebut mendapat pendedahan kepada kebudayaan dan kesenian luar negara.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back