Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Republik Peru telah mengadakan lawatan konsular ke Establecimiento Penitenciario de Callao (Penjara Lelaki) dan Establecimiento Penitenciario Anexo Mujeres de Chorrillos (Penjara Wanita) sempena sambutan Aidiladha 2024.
Semasa lawatan tersebut, Kuasa Usaha Sementara telah menyerahkan Bingkisan Aidiladha, inisiatif Malawakil Lima dengan kerjasama Perwakilan Lima kepada semua rakyat Malaysia yang sedang menjalani hukuman di kedua-dua penjara.