Kedutaan Besar Malaysia telah menyertai Global Village Bazaar anjuran AISEC Peru pada 28 Jun 2017 di Universiti San Marcos sebuah universiti yang tertua (466 tahun) di Amerika Latin. Seramai 16 kedutaan asing menyertai Bazar ini seperti Thailand, India, Rusia, Peru, Jepun, Puerto Rico, Portugal, Turki, Palestin, Mexico, Ecuador, Brazil, Korea Selatan, Mexico, Colombia dan Malaysia.
Objektif bazar ini ialah bagi mempromosi kefahaman dan ciri-ciri budaya negara asing kepada masyarakat Peru. Budaya Malaysia diperkenalkan melalui risalah pelancongan, hidangan dan permainan tradisi Malaysia.
Penglibatan Kedutaan Besar Malaysia telah berjaya menyumbang kepada peningkatan kesedaran orang ramai Peru mengenai keindahan dan keunikan Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Lebih ramai pengunjung melawat gerai pameran Malaysia pada tahun ini dibanding dengan tahun lepas 2016.