


Pada 28 Jun 2024, Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Republik Peru telah mengadakan Flag-Off Ceremony sempena Pengembaraan Puan Anita Yusof mengelilingi dunia secara solo dengan menaiki motosikal.
Sebelum acara tersebut, pihak Kedutaan Besar Malaysia juga telah mengadakan Majlis Sarapan Pagi yang dihoskan oleh En Al Hafis Hanapi bertempat di kediaman beliau. Semasa Majlis tersebut, Kedutaan Besar Malaysia serta Perwakilan Lima telah menyerahkan sedikit bekalan kepada Puan Anita untuk digunakan semasa pengembaraan tersebut.
Berdasarkan maklumat terkini, Puan Anita kini sedang berada di Huacachina (lebih 300km dari Lima).
Pihak Kedutaan Besar mendoakan agar semoga pengembaraan beliau sentiasa dipermudahkan, lancar dan sentiasa dalam lindunganNya.
Amin.