Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2024 MALAWAKIL LIMA

13 October 2024 1 views
 
 
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).
Pada tahun ini, Hari Sukan Negara peringkat Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Republik Peru telah diadakan pada 12 Oktober 2024 bertempat di Malecón Godofredo García, San Isidro.
Program dimulakan dengan senaman pemanas badan dan diteruskan dengan senam robik.
Seterusnya bagi aktiviti kemuncak, kesemua hadirin telah turut serta dalam aktiviti Brisk-Walk. Pada tahun ini, kesemua peserta telah merekodkan lebih 6,000 langkah (5 km) bagi aktiviti ini.
Selepas tamat program di Malecón Godofredo García, Kedutaan Besar Malaysia dengan kerjasama Perwakilan Lima telah menghoskan jamuan ringan kepada semua yang hadir.
Syabas diucapkan buat kesemua HBS dan keluarga, LRS dan PERWAKILAN Lima yang telah menyempurnakan aktiviti sempena dengan Hari Sukan Negara 2024. #CergasBersama #HSN
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back