Mission News

Jamuan Sulung Dihoskan oleh TYT Duta Ayauf Bachi, Duta Besar Malaysia ke Peru

29 September 2011 1 views

 

Duta Besar Malaysia telah mengadakan jamuan makan malam pertamanya dengan rakan-rakan sejawatan ASEAN dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Protokol, Kementerian Luar Negeri, Republik Peru pada malam Jumaat lalu, 23hb September 2011, di Hotel Westin. Jamuan tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan ke atas rakan-rakan sejawatan beliau dari negara-negara ASEAN dan juga pegawai-pegawai Jabatan Protokol Kementerian Luar Negeri Peru di atas sokongan dan kerjasama mereka yang telah banyak membantu dalam menjayakan urusan penyerahan Surat Watikah kepada TYT Presiden Humala dalam tempoh masa kurang dari sebulan selepas tarikh beliau sampai.
 
Semasa jamuan makan malam tersebut, terdapat banyak pandangan di kalangan Duta-Duta Besar ASEAN bahawa usaha untuk mengadakan lebih pertemuan seumpama ini dan ianya tidak hanya di kalangan Duta-Duta Besar ASEAN tetapi ianya harus menjangkaui Duta-Duta Besar dari negara-negara rakan dialog ASEAN plus 3, iaitu, China, Jepun dan Korea.
 
Mengambil kesempatan dengan kehadiran tukang masak eksekutif Malaysia di hotel tersebut, TYT Duta Ayauf Bachi telah menjamu tetamu-tetamunya dengan masakan Malaysia yang pelbagai dan jarang ditemui di Lima, Peru.
 
 
1st Dinner Hosted by H.E. Ayauf Bachi, Ambassador of Malaysia to Peru
 
The Ambassador has organized his first dinner with his ASEAN counterparts and officials from the Protocol Department of Ministry of Foreign Affairs of Peru on last Friday evening, September 23, 2011 at Westin Hotel. It was organized to express his appreciation to all the ASEAN colleagues and officials of Protocol Department at the Ministry of Foreign Affairs for all their support and cooperation that has enable the Ambassador to present his credential to His Excellency President Humala less than a month after his arrival.
 
During the dinner, there is a strong opinion from all the ASEAN Ambassadors that more efforts could be made to arrange similar events like this not only among the ASEAN Ambassadors but it should also include Ambassadors from ASEAN dialogue partners especially among the (+3), China, Japan and Korea.
 
Taking advantage of the presence of the new Malaysian Executive Chef working with Westin Hotel, Ambassador Ayauf has treated his guests with fairly sumptuous Malaysian cuisine which is new and rare here.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back