Mission News

KUNJUNGAN HORMAT OLEH KETUA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK PDRM

29 April 2016 1 views

 YBhg. Datuk Sri Mokhtar Shariff, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan ACP Ravi Chandran telah membuat kunjungan hormat ke atas Duta Besar pada 25 April 2016. Mereka dalam rangka lawatan ke Peru untuk menghadiri Mesyuarat IDEC ke-33 dari 26 – 28 April 2016. Semasa perbincangan, mereka berbincang dan bertukar pendapat mengenai permasalahan kegiatan penyeludupan dadah di Peru. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, tidak ada kes-kes penyeludupan dadah di Peru yang melibatkan warga Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back