Mission News

Kunjungan oleh Presiden Pertubuhan Islam, Peru

29 September 2011 1 views

 

Encik Damin Husein Awad, Presiden Pertubuhan Islam Peru dan bapa saudara beliau Encik Hofni Awad yang mana merupakan salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Mussala (surau) tersebut telah mengadakan kunjungan hormat mereka ke atas Duta Besar Malaysia. Menurut Encik Damin, Presiden Pertubuhan tersebut, tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan diri beliau dan juga aktiviti-aktiviti surau tersebut secara ringkas dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Masyarakat Islam di Lima. Menurut beliau selanjutnya pada masa ini terdapat lebih dari 300 orang Islam di Lima dan kebanyakan mereka datang berhijrah dari negara-negara Asia Barat seawal 1980an. Encik Damin mengalu-alukan kedatangan TYT Duta Besar dan amat berharap Duta Besar dapat menyokong dan menyertai semua aktiviti-aktiviti surau tersebut dan juga aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Islam di Lima. Beliau juga berharap sumbangan sama ada dalam bentuk material mahupun tunai untuk menampung aktiviti surau tersebut. Duta Besar merakamkan penghargaan beliau ke atas Encik Damin dan bapa saudara beliau dan beliau amat berbesar hati dan akan berusaha untuk membantu dan menyokong hasrat Persatuan Islam Peru dengan memanjangkan hasrat tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan di Malaysia.    
 
Call by the President of the Islamic Association of Peru
 
Mr. Damin Husein Awad, President of the Islamic Association of Peru and his uncle, Mr. Hofni Awad, one of the Committee Members of the Islamic Association of Peru (Mussala) in Lima paid their courtesy call on the Ambassador. According to Mr. Damin, his purpose of visit is to officially introduce himself and also brief activities of the Islamic Association and Muslim community in Lima. Further according to him, there are more than 300 Muslims living here in Lima and most of them are from middle eastern people which have migrated here as early as 1890s. Mr. Damin welcomed the Ambassador and looking forward for his support and participation in all Mussala activities and Muslim community in Lima.   He also wants to seek some contribution either in the form of monetary or in kind for the Mussala activities. Ambassador thanked Mr. Damin for his visit and he is looking forward to support all Mussala activities and wish to convey their wishes to interested Malaysian parties back in Malaysia for their contributions.  
 
Share:
Link copied to clipboard
Back