Mission News

LAWATAN BAKTI KE PUSAT PERLINDUNGAN KANAK-KANAK, PUERICULTORIO PEREZ ARANIBAR, LIMA.

20 June 2016 1 views

Pusat Perlindungan Kanak-Kanak, Puericultorio Perez Aranibar telah ditubuhkan pada 19 Mac 1930 sempena nama pengasasnya. Ia didirikan diatas hartanah utama berkeluasan 14 hektar di zon Magdalena dan merupakan pusat perlindungan terbesar di rantau Amerika Latin. Sehingga kini, pusat tersebut telah dihuni oleh seramai 300 orang anak-anak dari peringkat bayi hingga remaja yang telah dibuang, diabaikan serta ditinggalkan oleh kelurga mereka yang tidak berkemampuan.

Sambutan ulangtahun ke-86 penubuhan pusat tersebut telah dilangsungkan di Auditorium Tomas Valle di pusat tersebut pada 3 Jun 2016. Duta Besar Chuah Teong Ban dan kakitangannya turut menghadiri dan meraikan sambutan tersebut bersama-sama mereka. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh kanak-kanak pusat tersebut serta persembahan badut. Persembahan badut yang ditaja oleh Kedutaan Besar Malaysia telah mendapat sambutan baik, jelas dari riak wajah dan senyuman kegembiraan mereka.

 

Duta Besar juga mengiringi kanak-kanak pusat perlindungan tersebut dalam lawatan berkelah di bandar Huaral, 100km di utara bandaraya Lima pada hari keesokannya, 4 Jun 2016.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back