Mission News

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIAYANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

27 February 2013 1 views

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIAYANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

 

 

 

 

A.CCCARA MEMOHON UNTUK MENGUNDIMELALUI POS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR(PTH)

 

 

1.Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

 

 

1.1Warganegara Malaysia;

 

 

1.2Pemilih Berdaftar;

 

1.3 Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa; dan

 

 

1.4Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla,Narathiwat dan Yala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

 

 

 

2.Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

 

3.Borang 1 B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satukaedah penghantaran seperti berikut:

 

 

3.1Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau

 

 

3.2Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau

 

 

3.3Melalui pos ke alamat:

 

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

 

Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C

 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 

62690 PUTRAJAYA

 

MALAYSIA

 

(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

 

4.Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1 B.

 

 

5.Sila lihat panduan untuk mengisi Borang 1 B.

 

 

6.Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.

 

 

7.Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.

Share:
Link copied to clipboard
Back