Mission News

Malawakil Lima Menyertai Hari Terbuka di Universidad Inca Garcilaso de la Vega

31 December 2009 1 views

Malawakil Lima telah dijemput oleh Universidad Inca Garcilaso de la Vega untuk menyertai hari terbuka anjuran Fakulti Perhotelan dan Pelancongan universiti berkenaan yang telah diadakan pada hari Selasa, 24 November 2009 dengan menyediakan makanan/kuih Malaysia serta tayangan filem atau dokumentari berkaitan Malaysia untuk dihidangkan serta dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.

 

Malawakil telah menyediakan kuih-muih Malaysia dan mengagihkan pelbagai poster dan “brosur” Pelancongan Malaysia kepada tetamu yang hadir yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar dari universiti tersebut.  Program berkenaan turut disertai oleh beberapa Kedutaan lain.

 

Pihak universiti amat menghargai sumbangan serta kerjasama yang telah diberikan oleh Malawakil dalam sama-sama menjayakan program tersebut. Kebanyakan tetamu lebih berminat mengunjungi gerai Malawakil kerana kuih-muih yang dihidangkan serta poster pelancongan Malaysia.  Mereka juga amat berminat dengan baju kurung/kebaya batik dan pelbagai soalan diajukan berkaitan pakaian tradisional serta kuih-muih Malaysia.

 

Pihak universiti telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malawakil atas sokongan yang diberikan sepertimana yang telah disampaikan oleh Dean Fakulti Perhotelan dan Pelancongan, Universidad Inca Garcilaso de la Vega semasa upacara perasmian.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back