His Excellency Ambassador Ayauf Bachi has taken time from his busy daily schedule to visit MATRADE information’s booth at the 4th Expoalimentaria which is currently taking place from 26-30 September 2011 at the Peruvian Military Base, San Borja, Lima, Peru. The exhibition is an important trade event of foodstuff and agribased products for Peruvian. There are more than 400 booths with more than 200 over participants. Most of the participants come from the local exporters and traders. Besides the local exhibitors there are also some foreign exhibitors comprising private companies and also trade promotion bodies from other countries. MATRADE Office Santiago, Chile has erected its information booth displaying information materials plus some samples of foodstuff products from Malaysia. Other than spending his time visiting the exhibition booths, the Ambassador has also taken the opportunity to listen to some talks on the trade and investment opportunities, the trade seminar which was conducted concurrently at the fair.
Mission News
Malaysian Participation at Peru 2011, Expoalimentaria
01 October 2011
1 views
Expoalimentaria is co-organised by ProInversion (Private Investment Promotion) and ADEX (Exporters Association of Peru). According to the organiser the fair is gaining its momentum as it goes along and this year witnessed a bigger and larger participation from foreign countries, especially neighbouring countries like Chile, Brazil and Bolivia. Malaysian exporters and businessmen should explore new opportunities available in this market, especially products like cooking oils, health food and prepared food.
TYT Ayauf Bachi, Duta Besar Malaysia telah meluang masa beliau dari kesibukan tugas harian untuk melawat Gerai Maklumat MATRADE di Expoalimentaria ke-4, yang sedang berlangsung dari 26-30 September 2011 di Pengkalan Tentera Peru, San Borja, Lima, Peru. Pameran ini merupakan pameran perdagangan barangan makanan dari asastani yang penting di Peru.
Terdapat lebih dari 400 gerai pameran dengan lebih 200 peserta pameran telah mengambil bahagian. Kebanyakan peserta pameran terdiri daripada para pengeksport dan perdagangan tempatan. Di samping itu terdapat juga sejumlah kecil peserta asing yang terdiri dari syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi promosi dagang negara luar. Pejabat MATRADE Santiago, Chile telah mendirikan gerai maklumatnya dengan mempamerkan bahan-bahan promosi dan juga beberapa sampel barangan makanan Malaysia. Selain dari meluangkan masa beliau melawat gerai-gerai pameran tersebut, beliau juga telah merebut peluang berkenaan untuk mendengar beberapa pembentangan kertas seminar mengenai peluang perdagangan dan pelaburan di Peru, yang dianjurkan serentak dengan pameran tersebut.
Pameran Expoalimentaria telah dianjurkan bersama oleh ProInversion (Badan Galakan Pelaburan Swasta) dan ADEX (Persatuan Pengeksport Peru). Menurut penganjur, pameran tersebut telah mengalami pertumbuhan sejak ianya mula dianjurkan 3 tahun lalu. Ini dapat dibuktikan dengan penglibatan yang lebih besar dan juga bilangan peserta yang lebih ramai dari negara luar, khususnya negara-negara jiran seperti Chile, Brazil dan Bolivia. Para pengeksport dan masyarakat perdagangan Malaysia digalakkan untuk menyertai pameran ini untuk menimba peluang baru yang baik di Peru, khususnya barangan seperti minyak masak, barangan makanan untuk kesihatan dan juga barangan makanan yang diproses.