Mission News

Menyemai Semangat Muhibah di Peru melalui Tarian Malaysia

14 October 2016 1 views

Kumpulan Kebudayaan Dua Space Dance dari Malaysia terdiri dari penari anak muda telah mempersembahkan tarian kontemporari dan tradisi di Lima, Peru pada 15 September 2016 dan 18 September 2016. Kumpulan ini telah bergabung tenaga dengan kumpulan sukarelawan dari Taiwan untuk meraih dana bagi membantu pesakit polio.

Kedutaan Besar Malaysia telah menghulurkan bantuan dan nasihat dalam pengelolaan mereka semasa di Lima. Duta Besar bersama-sama dengan Kakitangan Kedutaan turut hadir semasa persembahan mereka bagi memberi sokongan terhadap usaha murni mereka ini. Secara tidak langsung, usaha mereka ini telah mempromosikan seni dan kebudayaan Malaysia serta menyemai semangat muhibah sesama insan.

Share:
Link copied to clipboard
Back