Malawakil Lima berjaya menghantar 6 rakyat Malaysia yang terkandas di Peru untuk pulang ke tanah air melalui Miami menggunakan pesawat LATAM LA 2505 yang disewa khas dengan kerjasama Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taiwan di Peru. Pesawat ini yang bertolak dari Lima pada 28 Mac 2020 telah membawa seramai 139 rakyat dari 5 buah negara iaitu Malaysia, Taiwan, Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat. Malawakil Lima mendoakan mereka semua selamat sampai di tanah air dan akan terus berusaha untuk menghantar pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas.



