Mission News

PENYERTAAN MALAYSIA DI GLOBAL VILLAGE BAZAAR

29 March 2016 1 views

Pada 12 Mac 2016, Kedutaan  Besar Malaysia di Lima, Peru telah menyertai Global Village Bazaar anjuran Aiesec Peru di Expalanada Estadio Manuel Bonillo,Miraflores dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Sebanyak 11 Kedutaan Asing turut menyertai Bazar ini seperti Thailand, India, Rusia, Peru, Colombia, Jepun, China, Korea Selatan, Mexico, Colombia dan Malaysia.

Semasa acara tersebut, Malaysia telah menyediakan beberapa juadah tradisi untuk diberikan secara percuma sebagai pengenalan kepada masakan dan kebudayaan Malaysia. Persembahan Teh Tarik turut diadakan dan sambutan ke gerai Malaysia amat menggalakkan. Ramai juga turut mencuba permainan congkak.

Bazar ini merupakan platform bagi orang ramai mempelajari budaya Malaysia melalui risalah pelancongan, hidangan dan permainan tradisi Malaysia. Penglibatan Kedutaan Besar Malaysia di bazar telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran orang ramai Peru mengenai keindahan dan keunikan Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back