![]() |
![]() |
| Pada 25 Oktober 2024, TYT Ahmad Irham Ikmal Hisham, Duta Besar Malaysia ke Republik Peru telah mengadakan pertemuan dengan Ambassador Luis Mendivil-Canales, bekas diplomat Peru yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Institut Raul Porras Barrenechea sepenuh masa setelah bersara dari perkhidmatan luar negeri.
Institut tersebut merupakan pusat penyelidikan ilmiah UNMSM yang terletak di kediaman milik Raul Porras, mantan Speaker dan Menteri Luar Peru sekitar tahun 1958-1960. Beliau (Raul Porras) merupakan sejarawan, ahli penyelidik dan tokoh diplomat yang disegani oleh Peru dan Sepanyol di zamannya. Institut ini mengandungi lebih daripada 40,000 naskhah koleksi penulisan dan hasil penyelidikan yang dikumpulkan. Buku-buku yang terdapat di institut ini terkandung hasil karya dan catatan sejarah Raul Porras serta oleh beberapa tokoh di Peru dan Sepanyol. Di samping itu, ia juga turut menyimpan koleksi catatan, barang-barang bersejarah seawal kurun ke-19 dan khazanah serta memoir terkumpul Raul Porras sejak pendudukan Sepanyol di Peru sehingga kemerdekaan. Raus Porras juga dikenali sebagai negarawan Peru yang pernah menjadi Speaker Kongres, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Peru. Bangunan yang didirikan merupakan kediamannya keluarganya yang diduduki sejak turun temurun dan masih kekal sehingga hari ini.
Bangunan di institut ini juga merupakan tarikan kepada pakar-pakar sejarah serta para penyelidik luar negara yang datang untuk melakukan penyelidikan khususnya di bidang persuratan.
|

