Mission News

PERTEMUAN DENGAN KETUA-KETUA PERWAKILAN BAGI EKONOMI-EKONOMI APEC

29 October 2024 1 views
 

Pada 25 Oktober 2024, TYT Ahmad Irham Ikmal Hisham, Duta Besar Malaysia ke Republik Peru telah mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Perwakilan bagi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di Kediaman Rasmi Duta Besar Republik Rakyat China ke Peru.

 

Pertemuan tersebut dilakukan sewaktu majlis makan malam anjuran Duta Besar Republik Rakyat China. Ianya turut dihadiri oleh Ketua-ketua Perwakilan bagi Ekonomi-ekonomi APEC termasuk Australia, Kanada, Chile, Indonesia, Korea Selatan, Brazil, Amerika Syarikat (diwakili oleh Timbalan Duta), Jepun (diwakili oleh Menteri Penasihat), Mexico (diwakili oleh Kuasa Usaha Sementara), Thailand (diwakili oleh Timbalan Duta Besar) serta tetamu khas, Amb. Carlos Vasquez Corrales (Pengerusi bagi APEC SOM 2024)

 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back