Pada 25 September yang lalu, aktiviti kedua Program Mendampingi Rakyat Malaysia bagi tahun 2015 telah diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia, Lima sempena sambutan Aidil Adha 2015.
Majlis tersebut telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia di Peru untuk berhubung antara satu sama lain dan sebagai platform perhubungan di antara Kedutaan dan rakyat Malaysia di Peru, terutama sekali ketika musim perayaan.
Para tetamu mula hadir pada jam 4.00 petang disambut oleh TYT Datuk Duta Besar berserta kakitangan Kedutaan yang lain. Majlis dimulakan kira-kira jam 4.30 petang.
Para tetamu dihidangkan dengan makanan dan minuman Melayu antaranya nasi lemak, sambal ikan bilis, mee rebus, buah Melaka (onde-onde), nasi impit, rendang ayam, ayam panggang dan buah-buahan serta tidak lupa juga minuman ringan dan teh/kopi.