Mission News

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lima, Peru

12 July 2016 1 views

 

Sempena Hari Raya Aidilfitri, satu sambutan perayaan diadakan pada 8 Julai 2016 di Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru bagi meraikan 60 orang tetamu yang terdiri dari masyarakat Malaysia di Lima, Peru dan alumni MTCP cawangan Peru.

 

Juadah Malaysia telah dihidangkan dan para tetamu juga turut membawa beberapa makanan untuk dikongsi bersama-sama bagi acara sosial seumpama ini.

 

Duta Besar, TYT Chuah Teong Ban mengambil kesempatan mengucapkan salam hari raya kepada semua tetamu beragama islam dalam merayakan hari lebaran yang mulia ini. Rakyat Malaysia yang berada di Lima, Peru dapat merasai suasana perayaan di perantauan dan seterusnya dapat menghilangkan kerinduan mereka yang berjauhan dari keluarga di Malaysia.

 

Mereka amat menghargai penganjuran acara sedemikian dan melahirkan harapan agar perayaan yang lain dapat juga dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Lima pada masa depan.

Share:
Link copied to clipboard
Back