Mission News

UCAPAN SALAM RAMADHAN 1447H DARI MALAWAKIL LIMA

17 February 2026 1 views
 

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Republik Peru ingin merakamkan setulus-tulus ucapan Selamat Menyambut Ramadan 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Malaysia di Peru serta komuniti Muslim di Republik Peru, Tanah Air Malaysia yang tercinta dan di seluruh dunia.

Ramadan yang mulia ini merupakan bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan. Ia adalah kesempatan untuk memperkukuh keimanan, mempertingkatkan amal ibadah serta menyemai nilai kesederhanaan, kesabaran dan solidariti sejagat. Dalam semangat kebersamaan dan hormat-menghormati antara agama serta budaya, semoga bulan suci ini turut menjadi jambatan yang mengeratkan persefahaman dan persahabatan antara masyarakat Malaysia dan Peru.

Dalam menghadapi pelbagai cabaran global, marilah kita menjadikan Ramadan sebagai landasan memperkukuh nilai kemanusiaan, memperluas usaha kebajikan, dan mempertingkatkan komitmen terhadap keamanan dan kesejahteraan bersama.

Semoga segala ibadah dan amalan kebajikan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah.

***************************************************

With gratitude to Allah SWT, the Embassy of Malaysia in Lima, Republic of Peru, extends its warmest greetings on the occasion of Ramadan 1447 Hijrah to Muslims around the world, particularly Malaysians residing in Peru and the Muslim community in the Republic of Peru and not to be forgotten our beloved home country Malaysia.

The blessed month of Ramadan is a time of mercy, forgiveness, and spiritual renewal. It offers an opportunity to strengthen faith, increase acts of devotion, and uphold the universal values of moderation, patience, and solidarity. In the spirit of mutual respect among religions and cultures, may this sacred month also serve as a bridge to enhance understanding and friendship between the peoples of Malaysia and Peru.

In facing various global challenges, may Ramadan inspire us to reinforce humanitarian values, expand charitable efforts, and renew our commitment to peace and shared prosperity.

May our prayers and good deeds be accepted and abundantly rewarded by Allah SWT.

Ramadan Mubarak 1447 Hijrah.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back