Permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N.29 Mahkota, Johor telah mula dibuka pada 13 Ogos 2024 (Selasa) dan akan ditutup pada 26 Ogos 2024 (Isnin). Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.
Maklumat lanjut berkaitan pilihan raya kecil ini juga boleh diperoleh melalui pautan di https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-pilihan-raya-kecil-prk-dewan-negeri-n29-mahkota-johor

