Mission News

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN UNDANGAN N.20 SUNGAI BAKAP, PULAU PINANG

06 June 2024 1 views

Permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk bagi Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara telah dibuka bermula 06 Jun 2024 (Khamis) dan akan ditutup pada 13 Jun 2024 (Khamis).  Semua permohonan baharu bagi pemilih berdaftar di Bahagian tersebut boleh dibuat secara atas talian dengan berdaftar melalui pautan https://myspr.spr.gov.my

Bersama-sama ini dilampirkan infografik berkaitan :

1. Cara Pendaftaran;

2. Cara Semakan dan

3. Cara Mengemaskini Alamat serta Status kepada diaspora Malaysia di negara penempatan.

Maklumat lanjut berkaitan pilihan raya kecil ini juga boleh diperoleh melalui pautan di https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-pilihan-raya-kecil-prk-dewan-undangan-n20-sungai-bakap-pulau-pinang

Share:
Link copied to clipboard
Back