Mission News

MAJLIS RAMADAN IFTAR DENGAN KOMUNITI MUSLIM DI DAVAO CITY PADA 8 APRIL 2023 BERTEMPAT DI SUNNY POINT HOTEL

09 May 2023 1 views

      Satu program Ramadan Iftar dengan komuniti muslim di Davao City telah diadakan pada 8 April 2023 (Sabtu) bertempat di Sunny Point Hotel. Seperi mana tahun-tahun sebelumnya, tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan baik dan kerjasama erat antara pihak Konsulat Jeneral  dan komuniti muslim di negara penempatan.

 

      Pada tahun ini,  majlis Ramadan Iftar telah diadakan di Sunny Point Hotel berbanding pada tahun-tahun sebelumnya yang dibuat di Rumah Malaysia. Pemilihan hotel tersebut kerana hotel ini menawarkan harga pakej yang berpatutan dan menyediakan makanan halal.

 

       Program ini telah berjaya mengumpul seramai 100 orang tetamu daripada pelbagai Kementerian dan Agensi seperti Mufti Davao City, Deputy Mayor, Pengarah MBI, semua pegawai HBS daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia dan pemimpin-pemimpin komuniti muslim tempatan. 

     Secara kesuluruhannya, program ini telah berlangsung dengan baik. Para tetamu turut mengalu-alukan kesungguhan pihak Konsulat Jeneral  dalam menjalankan pelbagai program bagi mengeratkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua pihak.

Share:
Link copied to clipboard
Back