Pada 22 April 2023, Konsul Jeneral Deddy Faisal telah mengadakan majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2023. Majlis ini telah diadakan bertempat di Rumah Malaysia, Las Terrazas. Majlis Rumah terbuka ini turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil HBS daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Davao City, ahli perniagaan tempatan dan ekspatriat.
