


Encik Deddy Faisal Ahmad Salleh, Konsul Jeneral Malaysia di Davao telah menghadiri perbincangan secara atas talian mengenai Potensi Latihan Industri Pelajar Antarabangsa ke Davao, Filipina pada 14 Mei 2025. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Emma Mirza Wati Mohamad, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan turut dihadiri YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad serta Encik Muhammad Nazmi Rahmat dari Universiti Kebangsaan Malaysia.