


Bertemu dengan YBhg. Datuk Abdul Rahman Kassim, Pengerusi Pertubuhan Pengajian Al-Quran TCM (Tajwid Cara Mudah) dan Tuan Haji Masri Yusoff, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pengajian Al-Quran TCM serta delegasi beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Francisco Bangoy, Davao City pada 05 Disember 2023.
Delegasi ini sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air setelah mengadakan bengkel berkongsi Kaedah Tajwid Made Easy di Perkampungan Revert Islamic Development Centre (RIDC), City of Mati, Davao, Philppines pada 01 hingga 05 Disember 2023.