Pada 5hb Januari, 2016, Konsul Jeneral Abdullah mengunjungi Yayasan Taqwa dan bertemu Pengurus Besar Haji Zabidi bin Nasan di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Kunjungan ini adalah susulan dari permohonan Yayasan Taqwa memohon pengesahan Kementerian dan Konsulat mengenai kesahihan keujudan Moro Islamic Institute di Zamboanga City dan permohonan Mayor Hadji Gamar A. Janihim, Municipality of Sirawai Zamboanga Del Norte memohon dana pembiayaan projek pembangunan/pemulihan bangunan.
Pertemuan ini telah memberi peluang kepada Konsul Jeneral Abdullah menyampaikan fakta dan isu sebenar di Mindanao dan berkongsi pengalaman bagaimana Malaysia boleh memainkan peranan dalam membantu proses damai di Mindanao. Disamping kehadiran pasukan pemantau IMT-M10, sumbangan derma dan dana dari Malaysia amat diperlukan dan dialu-alukan oleh Bangsamoro bagi membiayai serta memulihkan infrastruktur bangunan yang rosak teruk akibat pertempuran bersenjata pihak MNLF dan tentera Filipina pada tahun 2014.
DIsamping itu, untuk tujuan pembinaan pusat pembelajaran agama Islam diperingkat asas dan menengah di Municipality of Sirawai Zamboanga Del Norte.
Haji Zabidi menjelaskan bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Taqwa telah membuat keputusan menyalurkan dana sejumlah RM50,000 kepada Moro Islamic Institute dan sumbangan bahan binaan bernilai RM10,000 kepada Municipality of Sirawai Zamboanga Del Norte.
Consulate General of Malaysia
Davao City
Philippines
5th January, 2016