





Pada 01 November 2024, Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City telah mengadakan Program Malaysia Madani Bersama Diaspora Malaysia di Discovery Samal. Program ini bertujuan mempromosikan dan memberi penerangan lebih lanjut mengenai Malaysia Madani yang telah diilhamkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia kepada Diaspora Malaysia yang bermastautin di Davao City.
Pada program ini, Encik Deddy Faisal Ahmad Salleh, Konsul Jeneral Malaysia di Davao City telah memimpin lafaz ikrar Rukun Negara. Selain itu, Kelas Bimbingan Malaysia turut diadakan bagi memeriahkan aktiviti program.