Mission News

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Davao City

30 October 2008 1 views

Davao City, Sabtu 25 Oktober 2008 - En Nik Mustafa Kamal Nik Ahmad telah mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Konsul Jeneral bermula jam 12 tengahari hingga 5 petang.

Tetamu-tetamu yang hadir terdiri dari diplomat-diplomat asing di Davao City, pegawai-pegawai kanan kerajaan tempatan, ahli-ahli perniagaan dan rakyat Malaysia. Tidak ketinggalan juga pegawai-pegawai Malaysia, Brunei dan Jepun dari Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) turut hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka tersebut.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back