Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023

17 October 2023 1 views

Bersempena dengan Hari Sukan Negara 2023, Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City pada pagi 14 Oktober 2023 telah menganjurkan program Fun Walk bertempat di People’s Park, Davao City.

 

Hari Sukan Negara merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030. Semua peserta yang terlibat berjalan kaki sejauh 4.6 km mengelilingi sekitar kawasan pusat riadah tersebut yang popular di kalangan masyarakat tempatan. 

 

Secara keseluruhannya, program sambutan Hari Sukan Negara 2023 peringkat Malawakil ini telah berjalan dengan lancar. Walaupun diadakan dalam suasana penuh sederhana, semua yang terlibat telah menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi. Program seumpama ini juga secara tidak langsung turut menggalakkan semua HBS dan KAT supaya terus mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.

 

Di akhir aktiviti, kesemua peserta berkelah dengan sarapan pagi yang disediakan oleh Perwakilan.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back