Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA MALAYSIA, SABTU, 10 OKTOBER 2015

02 October 2015 1 views


Kedutaan Besar Malaysia, Stockholm akan mengadakan program riadah pada hari Sabtu, 10 Oktober 2015 yang kini dijadikan sebagai Hari Sukan Negara Malaysia. Program ini akan disambut oleh semua rakyat Malaysia dan Perwakilan Malaysia di luar negara setiap tahun. Ia bertujuan untuk menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan bagi menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang mengamalkan kehidupan sihat.


Rakyat Malaysia serta keluarga di sekitar Stockholm dijemput hadir untuk program ini. Aturcara program adalah seperti berikut:

09.30                   -        Berkumpul di hadapan perkarangan Bangunan

Canseri, Karlavagen 37, 10041 Stockholm

 

10.10                   -        Riadah Bermula: Berjalan kaki dari Bangunan

Canseri ke Humlegarden, Stockholm dan

balik ke Bangunan Canseri

 

11:00                   -        Jamuan Ringan

 

   -        Majlis bersurai

 

Peserta di minta memakai pakaian sukan yang bersesuaian dengan cuaca ketika itu dan sekiranya hujan, program akan dibuat di dalam Bangunan Canseri  dengan acara bersenam-robik. Kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi sambutan sambutan Hari Sukan Negara Malaysia pada 10 Oktober ini.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

 

Stockholm

 

 

 

2 Oktober 2015

Share:
Link copied to clipboard
Back