Mission News

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

01 June 2023 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia telah menerima Kunjungan Hormat oleh Guru-Guru Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu pada 25 Mei 2023 bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla.  Rombongan tersebut diketuai oleh Puan Mariah Ismail, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Cawangan Terengganu dan disertai oleh 38 orang Guru Pemimpin.  Rombongan tersebut disambut oleh Konsul Jeneral, Encik Muhammad Ridzuan Abu Yazid.  Sesi suaikenal tersebut antaranya menyentuh tentang matlamat rombongan ke Selatan Thailand, perkongsian maklumat tentang budaya dan produk tempatan selain mengunjungi tempat-tempat menarik sekitar Hat Yai dan Songkhla.

Share:
Link copied to clipboard
Back