Konsul Jeneral Malaysia, Songkhla menghadiri Majlis Sidang Media sempena Hari Melayu Yala 2020 yang diadakan di Pejabat Perbandaran Yala pada 30 Januari 2020. Turut hadir ke sidang media tersebut adalah Konsul dari Konsulat Indonesia, Timbalan Gabenor Yala dan wakil-wakil penganjur Hari Melayu Yala.



