Mission News

BANCIAN BERHUBUNG RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN PULANG KE MALAYSIA PADA TAHUN 2020

27 May 2020 1 views

BANCIAN BERHUBUNG RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN PULANG KE MALAYSIA PADA TAHUN 2020

 

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri sedang melakukan bancian untuk memperolehi maklumat tentang rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang ingin pulang ke tanahair dalam tahun 2020.

Bancian ini bertujuan untuk membantu Kerajaan dalam membangunkan strategi pengurusan bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19 di samping memberikan perkhidmatan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia.

Bancian ini tersedia secara online sehingga Jumaat, 5 Jun 2020. Rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan untuk pulang ke Malaysia pada tahun 2020 amat dialu-alukan untuk memberi respon terhadap bancian tersebut melalui pautan berikut:

 

https://forms.gle/ZYdtXozMJPbCXHNG6.

 

Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang tuan/puan beri bagi menjayakan bancian ini.

Share:
Link copied to clipboard
Back