Sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016, Kedutaan Besar Malaysia telah mengadakan acara Brisk Walk bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang berada di Dili, Timor-Leste. Acara Brisk Walk ini diadakan dengan baik dan disambut baik oleh rakyat Malaysia di sini. Mereka berasa gembira untuk menyertai acara ini yang mana selain daripada memberikan kesihatan tubuh badan tetapi ia juga menjadi acara untuk bertemu berkumpul dengan rakan-rakan Malaysia yang lain di kala waktu lain mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing. Acara Brisk Walk ini disertai oleh PYT Amb. Chitra Devi Ramiah, Duta Besar Malaysia ke Republik Demokratik Timor-Leste dan suami beliau, En. Rasli Earnest Sanmugam serta 20 rakyat Malaysia dan staf Kedutaan Besar Malaysia di Dili, Timor-Leste. Acara Brisk Walk ini bermula dari pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Dili sehingga Rumah Api di Farol, Dili sejauh 2 km dan penamatnya ialah kembali semula ke pejabat Kedutaan. Brisk Walk ini diadakan dengan santai dan sambal menikmati udara tepi pantai sepanjang jalan Pantai Kelapa yang berakhir dalam tempoh masa 1 jam 30 minit. Setelah sampai di pejabat Kedutaan, tetamu dihidangkan dengan minuman dan kuih-muih dan selepas itu mereka semua bersurai. Semoga Kedutaan Besar Malaysia di Dili dapat menjalankan aktiviti yang lebih baik lagi pada masa depan.
TENTATIF PROGRAM
BRISK WALK BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI TIMOR-LESTE SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2016
Tarikh: Sabtu, 8 Oktober 2016
Masa: 7.15 pagi – 9.45 pagi
Venue: Kedutaan Besar Malaysia di Dili ke Rumah Api di Farol, Dili
PROGRAM
Masa Activiti
7.15 pagi : Ketibaan tetamu/rakyat Malaysia
7.45 pagi : Brisk Walk bermula
9.15 pagi : Brisk Walk berakhir
9.20 pagi : Minum pagi
9.45 pagi : Bersurai