Mission News

GARISPANDUAN PROSES KEMASUKAN DAN KUARANTIN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) YANG TIBA DARI LUAR NEGARA BERMULA 1 JUN 2020

27 May 2020 1 views

GARISPANDUAN PROSES KEMASUKAN DAN KUARANTIN

PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS)

YANG TIBA DARI LUAR NEGARA

BERMULA 1 JUN 2020

___________________________________________________________________

 

1.    Kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa semua individu yang memasuki  Malaysia dari luar negara akan dikenakan perintah kuarantin wajib di Stesen Kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

2.    Semua rakyat  Malaysia yang tiba di tanahair mulai 1 Jun 2020 akan dikenakan caj 50 persen dari bayaran keseluruhan kos kuarantin 14 hari. Individu yang berhasrat pulang perlu membuat perakuan bertulis persetujuan pembayaran sebelum mereka berangkat pulang ke Malaysia. Templat Surat Akujanji dan Indemniti telah disediakan dan boleh dimuat turun.

 

3.    Semua warga negara asing yang mungkin dibenarkan memasuki Malaysia dari tarikh tersebut perlu menanggung keseluruhan kos (100%) kuarantin yang dikenakan. Warganegara asing juga perlu melaksanakan perakuan bertulis persetujuan pembayaran sebelum mereka berangkat ke Malaysia.

 

4.    Sila rujuk dokumen GARISPANDUAN PROSES KEMASUKAN DAN KUARANTIN yang terlampir untuk penerangan terperinci berhubung dengan perkara ini.

              https://www.kln.gov.my/web/tls_dili/documents

              https://www.kln.gov.my/web/tls_dili/forms

 

5.    Sila emelkan Surat Aku Janji dan Indemniti yang telah lengkap diisi ke emel dil.cons@kln.gov.my dan disalinkan kepada mwdili@kln.gov.my. Surat kebenaran untuk melakukan perjalanan ke Malaysia akan dikeluarkan oleh pihak Kedutaan sekiranya pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

 

 

 

GUIDELINES FOR ENTRY AND QUARANTINE PROCESS

PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS)

ARRIVING FROM ABROAD

STARTING JUNE 1, 2020

__________________________________________________________________

 

1.    The Government of Malaysia has decided that all individuals entering Malaysia from abroad will be subjected to compulsory quarantine orders at the Quarantine Stations set by the Government of Malaysia, subject to the provisions of Section 15 (1) Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342).

 

2.   The Government of Malaysia hereby decides that all Malaysian citizens who arrive in Malaysia beginning 1 June 2020 shall be required to bear 50 percent of the cost of 14 days quarantine process. Any citizen who decides to return to Malaysia shall be required to make written declaration agreeing to the payment before the journey. The template for the Letter of Undertaking and Indemnity is available for download.

 

3.     While, non-citizen (who has obtained permission to enter Malaysia) shall be required to make the full payment (100%) of the expenses incurred during the 14 days quarantine process. Non-citizen shall also be required to make the written declaration agreeing to bear the expenses before the departure to Malaysia.

 

4.    Kindly refer to the GUIDELINES FOR ENTRY AND QUARANTINE PROCESS for detail information pertaining to this matter.

              https://www.kln.gov.my/web/tls_dili/documents

              https://www.kln.gov.my/web/tls_dili/forms

 

5.    Kindly complete the Letter of Undertaking and Indemnity form and e-mail it to dil.cons@kln.gov.my copy to mwdili@kln.gov.my. A letter on permission to travel to Malaysia will be issued by the Embassy if the applicant meets the requirements set by the Malaysian Government.

Share:
Link copied to clipboard
Back