DILI - Komander FPU, DSP Husin Patimi telah mengadakan kunjungan perpisahan ke atas Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Nazarudin Salleh pada 2 April 2009. DSP Husin Patimi telah ditemani oleh beberapa pegawai kanan beliau dan semasa kunjungan tersebut, pihak FPU Malaysia telah merakamkan penghargaan mereka di atas bantuan yang telah diberikan oleh pihak Kedutaan Malaysia terhadap pihak FPU. Kumpulan FPU Malaysia yang diketuai DSP Husin Patimi akan meninggalkan Dili pada 7 April 2009 dan kumpulan ini akan digantikan oleh kumpulan baru dari Briged Tengah.