DILI - 6 Ogos 2009, Satu lawatan rasmi ke Timor Leste telah dibuat oleh rombongan pasukan Polis DiRaja Malaysia dari Bukit Aman yang diketuai oleh Ketua Polis Negara iaitu IG Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan. Tujuan lawatan ini dibuat adalah bagi meninjau keadaan penugasan misi pengaman PBB di Timor Leste. Lawatan yang julung kali diadakan ini telah menyemarakkan semangat kerja yang tinggi kepada petugas misi PBB di dalam mengharumkan nama baik Malaysia di persada antarabangsa.
Semasa di Timor Leste, Tan Sri Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Timor Leste,Kay Rala Xanana Gusmao dan juga Wakil Khas Setiausaha Agung PBB, Dr.Atul Khare.