DILI - 16 Julai 2009, Program "Jiwa Murni" yang dilancarkan oleh UNPOL dan FPU Malaysia di Escola Primaria No.7 Fahite,Tibar di Dili telah dirasmikan bersama oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Ambassador Nazarudin Salleh dan juga Commissioner Polis UN, Luis Ribeiro Carilho. Program ini dianjurkan atas usaha bersama DSP Mohd Abduh bin Ismail, Komander FPU Malaysia dan juga Superintendant Abdul Halim Bulat, Komander UNPOL Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan sumbangan serta bantuan seperti ubat-ubatan, makanan dan minuman. Kontinjen UNPOL dan FPU Malaysia juga telah melakukan kerja-kerja amal seperti mengecat bangunan sekolah dan memberi sumbangan kelengkapan sukan untuk sekolah. Aktiviti menanam pokok juga telah diadakan.