Mission News

ONLINE PAYMENT SYSTEM FOR COVID-19 TEST AND QUARANTINE VIA ‘MYSAFETRAVEL’ OR ‘MYQR BY MYEG’ APPS

24 November 2020 1 views

PENGUMUMAN

 

PERKHIDMATAN BAYARAN UJIAN COVID-19 DAN KOS KUARANTIN MELALUI ‘MYSAFETRAVEL’ ATAU APLIKASI ‘MYQR BY MYEG’

 

Kerajaan Malaysia telah mewajibkan warga Malaysia dan warga asing (yang dibenarkan masuk ke Malaysia) untuk menjalani ujian COVID-19 dan seterusnya menjalani kuarantin di mana kesemua kos yang terlibat mesti ditanggung oleh individu berkenaan. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan kaedah terimaan bayaran secara dalam talian (online) iaitu melalui Sistem MySafeTravel atau aplikasi MyQr by MyEG.

 

Mulai 15 November 2020, warganegara asing yang dibenarkan dan akan mengadakan perjalanan ke Malaysia adalah diwajibkan untuk membuat bayaran secara atas talian sebelum berlepas ke Malaysia. Manakala warganegara Malaysia yang akan pulang ke tanahair adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi urusan pembayaran. Bukti pembayaran perlu dikemukakan kepada petugas kaunter apabila tiba di pintu masuk antarabangsa, sebelum menjalani ujian pengesahan COVID-19 dan penempatan di stesen kuarantin.

 

Sistem tersebut boleh diakses menerusi capaian www.moh.gov.my / www.nadma.gov.my / www.myeg.com.my.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

ANNOUNCEMENT

 

 

ONLINE PAYMENT SYSTEM FOR COVID-19 TEST AND QUARANTINE VIA ‘MYSAFETRAVEL’ OR ‘MYQR BY MYEG’ APPS

 

The Malaysian Government has made compulsory for all returning Malaysians and foreign nationals (who are approved to enter Malaysia) to undergo a COVID-19 test and subsequently to complete quarantine at the Government’s designated quarantine centers. All costs incurred must be borne by travelers. In this regard, the Ministry of Health Malaysia (MOH) has established an online payment system via MySafeTravel System or MyQr by MyEG

 

Beginning 15 November 2020, all foreign nationals are required to make online payment before departing for Malaysia, while Malaysians are encouraged to make online payment before returning to Malaysia. The travelers are required to show their payment proof upon arrival in Malaysia, before being able to proceed with the COVID-19 test and placement at the quarantine center.

 

The system can be accessed through www.moh.gov.my / www.nadma.gov.my / www.myeg.com .my.
Share:
Link copied to clipboard
Back