Mission News

Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM)

29 March 2016 1 views
 

Pada Sabtu, 5 Mac 2016 jam 5.00 petang, Malawakil Dili telah mengadakan majlis jamuan minum petang sebagai salah satu Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM) di Dili, Timor-Leste. Majlis jamuan minum petang ini dianjurkan oleh pihak Malawakil Dili sebagai satu perjumpaan untuk PYT Puan Chitra Devi Ramiah, Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste yang baru bersuai kenal dengan rakyat Malaysia di Dili. Majlis ini juga diadakan sempena perpindahan ke kediaman  bagi  tiga (3) orang pegawai Malawakil Dili di Timor Lodge Resort and Hotel. Majlis ini telah dihadiri oleh lima puluh (50) orang hadirin terdiri daripada warga Malaysia yang berada di Dili serta rakan Malaysia yang terdekat. Majlis bermula dengan ucapan pembukaan oleh PYT Duta Besar dan doa selamat bagi ketiga-tiga buah kediaman baru pegawai-pegawai dan diikuti dengan jamuan minum petang.

 
 

Pelbagai juadah makanan Malaysia telah disediakan oleh ahli PERWAKILAN seperti mee goreng, karipap, kek dan makanan tradisional seperti pulut seri kaya. Majlis jamuan minum petang ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat meriah dimana telah berakhir pada jam 7.00 petang.

 
 

Share:
Link copied to clipboard
Back