En Ahmad Amiri Abu Bakar, Konsul Jeneral menerima kunjungan daripada peserta projek TVET Instructor Technology Update (TITU) dalam bidang Additive Manufacturing yang diketuai oleh Ts. Irwan bin Mohd Amir. Turut hadir adalah wakil daripada syarikat ORS Technologies dan pengurus syarikat Womatech.
Menerusi projek TITU, latihan sangkutan industri ini sedang dilaksanakan di Bursa, Turkiye pada 3-17 Ogos 2025 bagi mengukuhkan profesionalisma tenaga pengajar TVET di Malaysia.
