Mission News

Hari Sukan Negara 2017

27 October 2017 1 views

 SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA OLEH

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CARACAS, VENEZUELA

PADA 14 OKTOBER 2016

 

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2016, Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela telah menganjurkan satu pertandingan bowling yang bertempat di Pusat Bowling El Laguito, Caracas.  Program tersebut bermula dari pukul 9 pagi di mana para pemain yang hadir terlebih dahulu mendaftarkan diri. Selepas sesi pemanas badan, pertandingan bowling bermula pada tepat pukul 10 pagi. Pertandingan tersebut berlangsung selama tiga (3) jam sehingga pukul 1 tengahari di mana setiap permain bertarung dalam 3 set permainan.

 

Sepanjang permainan berlangsung, para pemain dan pengunjung telah dihidangkan dengan makanan-makanan ASEAN hasil kerjasama pihak PERWAKILAN kedutaan-kedutaan ASEAN di Venezuela iaitu Indonesia, Malaysia dan Viet Nam. Pihak PERWAKILAN Malaysia telah menyediakan mee goreng, kuih bakar dan karipap. 

 

Pertandingan bowling ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berjaya menarik penyertaan sebanyak 15 pasukan dan 60 pemain dari pelbagai kedutaan asing di Venezuela seperti Colombia, Indonesia, Jepun, Korea, Nigeria, Turki, Vietnam dan sebagainya. Pihak Kementerian Luar Negeri Venezuela juga menghantar dua (2) pasukan dalam pertandingan bowling kali ini yang diketuai oleh TYT Felix Plasencia, Timbalan Menteri Luar Negeri untuk Asia, Timur Tengah, dan Oseania.

 

Walaupun pertandingan pada kali hanya melibatkan 15 pasukan yang bertandingan akibat ruang pusat bowling yang terhad, ia berjaya menarik lebih seratus orang yang hadir bagi memberikan sokongan kepada para pemain serta pihak penganjur untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari sukan Negara.

 

 

Pertandingan bowling pada kali ini terbuka kepada hanya 3 kategori iaitu Individu (Lelaki), Individu (Wanita), dan Berpasukan. Bagi kategori Individu (Lelaki), wakil dari Kedutaan Besar Colombia telah memenangi tempat pertama dan disusuli dengan TYT Amb. Muzafar Shah Mustafa dari Kedutaan Besar Malaysia telah memenangi tempat kedua manakala seorang lagi wakil dari Kedutaan Colombia mendapat tempat ketiga.

 

Bagi kategori Individu (Wanita), Puan Najwa Zainal dari Kedutaan Besar Malaysia telah memenangi tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga dirangkul oleh wakil-wakil dari Kedutaan Besar Indonesia.

 

Manakala bagi kategori Berpasukan, Kedutaan Besar Colombia telah berjaya merangkul tempat pertama dan diikuti oleh Kedutaan Besar Malaysia yang menduduki tempat kedua. Pasukan dari Kedutaan Besar Jepun berjaya meraih tempat ketiga untuk acara berpasukan pada tahun ini. 

 

       Program sambutan Hari Sukan Negara anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela pada tahun ini berlangsung dengan lancar dan berjaya. Selain memberi kesedaran kepada orang ramai akan pentingnya bersukan, program seperti ini juga membuka ruang kepada para peserta dari kalangan kedutaan-kedutaan asing di Venezuela dan wakil Kementerian Luar Negeri Venezuela untuk mengeratkan silaturahim dan berinteraksi dalam suasana yang lebih mesra. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik Malaysia-Venezuela dan mempromosikan Malaysia di Venezuela

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back